Inilah Kisah Benar Kehidupan Allahyarham Yus Jambu Yang Jarang Orang Ketahui




Inilah Kisah Benar Kehidupan Allahyarham Yus Jambu Yang Jarang Orang Ketahui | Lewat malam semalam berita pemergian Yus Jambu atau lebih dikenali sebagai Pak Yus mula tersebar di laman sosial. Bagaikan tak percaya namun itulah hakikatnya, allahyarham tlah pun meninggal dunia dipercayai kerna sesak nafas.

Pastinya Pak Yus akan sentiasa diingati & dirindui keletahnya yg tidak jemu menghiburkan org ramai. Berikut beberapa momen & lawak dari beliau yg sehingga hari ini masih segar di ingatan.

Sinaran Pasport Kegemilangan


Sekitar tahun 2001 Yus Jambu pernah mencuba nasib dalam pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan yng sebelum ini pernah melahirkan pelawak2 terkenal seperti Senario dan ramai lagi.

Malangnya dia tidak berjaya dalam pertandingan tersebut.

Juara Raja Lawak 1 Kalahkan Zizan & Johan


Tidak berputus asa, Pak Yus sekali lagi mencuba nasib dalam pertandingan Raja Lawak Astro yg buat pertama kalinya diadakan.

Bersaing dengan Johan dan Zizan, Pak Yus ternyata punyai bakat tersendiri & berjaya mengalahkan mereka.

Hidup sebatang kara


Semasa final Raja Lawak musim pertama ni, nama Pak Yus diumumkan sebagai juara. Terkejut malah dia menangis teresak-esak tak sangka menang.

Iyalah, sebelum peserta final buat persembahan kan ada video clip krew Raja Lawak ke rumah peserta. Bila tunjuk video ke rumah Pak Yus, tercengang kejap. Pak Yus rupanya sebatang kara dan hidup agak daif sebenarnya.

Jual kereta menang Raja Lawak demi…


Punchline & lawak bersahaja


Pak Yus memang berbakat, malah lawaknya cukup bersahaja namun diingati. Gandingan Pak Yus dan Tauke dalam Maharaja Lawak memang betul-betul menjadi.

Malangnya selama beberapa musim, mereka tidak berjaya bergelar juara.

Sangat disenangi rakan artis


Personaliti Pak Yus yang tidak sombong & cukup merendah diri disenangi ramai terutamanya dalam kalangan rakan artis.

Malah dia juga mesra dengan peminat dan sering kali dilihat berbalas komen di laman Instagram.

Suka kucing


Kalau tengok di Instagram miliknya, Pak Yus memang selalu memuat naik gambar bersama kucing yang dipelihara. Memang arwah suka sangat dengan kucing.

Pak Yus dalam kenangan


Din Beramboi, Harun Salim Bachik dan sekarang giliran Pak Yus pula meninggalkan kita. Mari lah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham.

Semoga Allahyarham Yus Jambu ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Sumber OhBulan!.

Related Posts
Previous
« Prev Post