Foto Terkini Baby Bump Siti Nurhaliza Semakin Kelihatan Nampaknya

Foto Terkini Baby Bump Siti Nurhaliza Semakin Kelihatan Nampaknya
Foto Terkini Baby Bump Siti Nurhaliza Semakin Kelihatan Nampaknya Belum terlambat untuk ucapkan tahniah kepada Dato K dan Dato CT kerana hamil anak pertama bagi Dato CT. Ramai yg mengatakan bahawa datuk siti nurhaliza sedang hamil anak pertama nya akan terbukti,dengan ada nya sekeping gambar menunjukkan bentuk badan datuk siti yg semakin berisi dan perut yg semakin membuncit.

datuk siti nurhaliza hamil

meski pun dato siti belum membuat pengesahan mengenai nya. namun sekeping gambar di bawah ini sudah cukup menguatkan lagi teka teki peminat penyanyi itu.

siti1

Sebuah laman portal melaporkan, gambar yg tersebar itu diambil baru-baru ini ketika mempromosikan Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30).

Menurut sumber, berita kehamilan Siti disahkan oleh keluarga terdekat penyanyi itu apabila menyatakan kandungannya kini sudah memasuki enam minggu.

Berita kehamilan Siti mula menjadi bualan apabila penyanyi Hetty Koes Endang mengusap perutnya semasa konsert Satu Suara Volume 2, di Istana Budaya minggu lalu.

Dalam konsert itu Hetty, berdoa agar Siti cepat hamil & dikurniakan zuriat.

Sehari selepas itu, muncul satu video di atas pentas konsert itu apabila Hetty melarang Siti melompat & terlalu agresif sambil menunjuk isyarat di perut penyanyi itu.

Siti sebelum ini turut memuat naik gambar kurma dan susu kambing di Instagram miliknya yang sinonim untuk kesihatan ibu mengandung.

Image_3

Namun dalam satu sidang akhbar, Siti tidak menafikan dan mengesahkan mengenai kehamilannya itu. Difahamkan, pihak Siti enggan berkongsi cerita itu disebabkan usia kandungan yang masih baharu.
Read More

Sahabat Serumah Kongsi Cerita Tanda-Tanda Pemergian Arwah Pak Yus

Sahabat Serumah Kongsi Cerita Tanda-Tanda Pemergian Arwah Pak Yus
rekan serumha

Sahabat Serumah Kongsi Cerita Tanda-Tanda Pemergian Arwah Pak Yus | KUALA LUMPUR: Rakan serumah pelawak Allahyarham Yussry Edoo, Wan Sharizon Rahim tidak menyangka perubahan sikap arwah yg tak banyak bercakap kebelakangan ini menjadi petanda beliau akan pergi selama-lamanya.

Wan Shahrizon yg sudah mengenali Yussry atau Yus selama hampir 20 tahun berkata, selepas arwah meninggal dunia akibat sesak nafas malam tadi, barulah beliau perasaan perubahan sikap teman baiknya itu.

"Sepanjang mengenali arwah, dia suka bergurau. Bagaimanapun, sejak akhir2 ini saya dapati dia kurang bercakap. Selalunya dlm kereta dia suka berbual, tetapi kebelakangan ini lebih banyak mendiamkan diri.

"Sebenarnya, saya tidak perasaan perubahan sikap beliau sehinggalah malam tadi.
"Banyak lagi perubahan sikap arwah sebelum dia pergi, tetapi sukar utk saya mengingati semuanya," kata Shahrizon yg berada di sisi ketika Yus menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Shahrizon berkata, ketika Yus tampil membuat persembahan pd pertandingan akhir Raja Band di Dataran Merdeka, malam tadi, beliau melihat Yus seperti termengah-mengah.

Sebaik persembahan berakhir, Yus meminta dihantar pulang dgn segera.
"Yus kelihatan sangat penat sehingga menolak permintaan beberapa peminat yg ingin bergambar dgnnya di belakang pentas. Sebelum ini, dia bukan macam itu.
"Yus biasanya akan melayan setiap peminatnya. Sebaik masuk ke dalam kereta, beliau membuka kasut & bajunya serta bersandar kepenatan," katanya yang menemani Yus menjayakan persembahan itu.

Shahrizon berkata, di dalam kereta beliau sempat berseloroh dgn Yus mengenai jenis pekerjaan disukainya.

"Saya cakap antara main bola sepak dan menyanyi, mana satu lebih penat. Lantas Yus jawab menyanyi," katanya.

Beliau berkata, sebaik melalui Jalan Ipoh, Yus seperti terkena serangan sawan dan terus tidak sedarkan diri.

"Kami sangka Yus hanya pengsan. Kami segera membawanya ke Hospital Selayang. Apabila tiba di bahagian Zon Merah, Unit Kecemasan, doktor yang memeriksanya mengatakan Yus sudah meninggal," katanya.

Shahrizon berkata, arwah sebelum ini pernah mengalami masalah jantung dan kencing manis.
Jenazah Yus dibawa ke kampung halamannya di Perlis untuk dikebumikan, hari ini.
Yus yang juga anak bongsu dari tiga beradik, tidak pernah berkahwin. Salah seorang abang Yus juga dikatakan sudah meninggal dunia.
Read More

Ternyata Selama Ini Bob Marley palsukan Kematian Untuk Hidup Seperti Orang Biasa,hebat!! Macam Drama Melayu

Ternyata Selama Ini Bob Marley  palsukan Kematian Untuk Hidup Seperti Orang Biasa,hebat!! Macam Drama Melayu
bob merley
Ternyata Selama Ini Bob Marley  palsukan Kematian Untuk Hidup Seperti Orang Biasa,hebat!! Macam Drama Melayu | Pekan lalu mayat seorang pria tua di temukan di sebuah korak di salah sebuah restoran cepat saji di pusat kota kingston Jamaika.Perghh memang tererlah siap boleh menyamar jadi orang biasa.. mcm filem2 hollywood pulak.
Tim penyelidik ​​yang segera kelokasi kejadian mencoba melihat kartu identitas pria tua tersebut, satu satunya barang yg di temui adalah gambar pudar dari gedung parleman di London serta wadah kecil berisi sedikit ganja dan gitar tua yang sudah lapuk.
Petugas tidak mebaikan mayat tersebut, mereka melanjutkan penelitian dgn mengenal DNA pria itu di Jamaika s National DNA Database.
Ketika melihat hasil DNA mayat orang tua itu petugas hampir tidak percaya dgn apa yang di lihat.
Saya ingat ini hanya sekedar guarauan ujar Forensik, Jacob Chambers, kepada 8 News.
"Rekan saya berlari ke kantor saya melambaikan secarik kertas di udara. 'Kau tidak akan percaya ini ', teriaknya. Saya mengatakan kepadanya untuk tenang dan menjelaskan ada apa ini. Ketika dia mengatakan kepada saya, saya tidak bisa percaya," ujarnya lagi.
Hasil tes DNA menunjukkan bahwa orang tua gelandangan yg ditemukan petugas di belakang restoran cepat saji itu tak lain dari superstar Bob Marley.
"Aku menatap hasil tes DNA itu dengan mata lebar," Chamber mengakui.
"Rahang saya jatuh ke lantai. Ini harusnya sebuah kekeliruan. Selama ini dianggap Bob Marley telah meninggal karena kanser pada tahun 1981 saat ia berjalan kembali ke Jamaika dengan pesawat dari Jerman.
Tapi jika itu terjadi, mengapa tubuh tuanya berbaring di lempengan di sebuah kamar mayat Jamaika pusat kota?" ujarnya dengan heran.
Chambers pun berpendapat: "Aku menyimpulkan kalau seseorang sedang memberi lelucon dan mengatakan kepada asistenku untuk melabeli tubuh itu dengan 'orang tak dikenal.' Ini berarti ia bisa dikremasi oleh petugas dan kematian diajukan sebagai seorang laki-laki usia 60-an akhir hingga 70-an awal, tanpa nama. Kemudian hal-hal menjadi aneh.
bob merley
Petang itu pusat koroner ramai di kunjungi oleh orang orang berkacamata hitam, mereka mengenakan jas hitam dan mengatakan bahwa mereka adalah kantor pemerintahan.
Kemudian mereka mengungkapkan bahwa jasad tubuh tua itu memang legendaReggae Bob Marley .kematian Bob Merley pada tahun 1981 memang di palsukan atas permintaan bintang itu sendiri.
Ketika di tanya kenapa seperti itu, katanya Bob Marley sudah bosan dengan perhatian yang ia dapatkan dari orang banyak dan ingin menjalani kehidupan yang tenang menjadi penyanyi jalanan di Jamaika
Pemerintah Jamaika pun menuruti rencana Marley, dengan pemahaman mereka akan menerima royalti dari album paling sukses, Exodus
Read More

Kisah Benar dan Sedih Kehidupan Arwah Pak Yus atau Yus Jambu Sebelum Meninggal Dunia, AL-FATIHAH

Kisah Benar dan Sedih Kehidupan Arwah Pak Yus atau Yus Jambu Sebelum Meninggal Dunia, AL-FATIHAH


yus jambu
Kisah Benar dan Sedih Kehidupan Arwah Pak Yus atau Yus Jambu Sebelum Meninggal Dunia, AL-FATIHAH |Sebaik saja dinobatkan sebagai juara Raja Lawak Astro musim pertama tiga tahun lalu, nama Yussry Edoo atau lebih mesra dgn panggilan Pak Yus boleh dianggap sepi apabila kemunculannya di persada seni tidak begitu menyerlah berbanding rakan seangkatannya yg lain seperti Zizan, Nabil & Kumpulan Sepah yang jauh lebih popular berbanding dirinya.

artikal berkait: VIDEO PENGEMBUMIAN ARWAH PAK YUS
Kecewa dengan tawaran yg tidak kunjung tiba, Yus dilaporkan membawa dirinya pulang ke kampung, dia dikhabarkan merajuk dengan industri hiburan yg seolah-olah meminggirkan dirinya, beliau umpama anak tiri di gelanggang Raja Lawak! Hampir 2 tahun Yus menyepikan dirinya sehingga ada dakwaan yg mengatakan Yus sudah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni!

artikal berkaitan : 10 FAKTA TENTANG ARWAH PAK YUS
Tidak cukup dengan itu, Yus juga dilaporkan sudah menjual kereta mewah, TD2000 yg dimenanginya sebagai juara Raja Lawak dulu semata-mata untuk meneruskan kehidupannya. Justeru, Yus dianggap tidak menghargai hadiah yg diperoleh hasil daripada undian peminatnya, sekali gus mengundang pelbagai perspektif negatif di mata orang ramai.


Selain berdepan kesempitan hidup gara2 tak banyak peluang berlakon, Yus juga dikatakan dipinggirkan saudara kandungnya sendiri. Justeru, sejauh mana kesahihan khabar angin itu? Kesempatan bertemu Yus di Bachok, Kelantan, baru-baru ini, cuba merungkai segala persoalan terhadapnya ketika Yus diberi peluang memegang watak pelakon pembantu menerusi telefilem Tiga Budak Botak – Dua Hari Di Hari Raya.
“Nak kata merajuk tu tidaklah sampai begitu sekali, tapi saya ambil keputusan pulang ke kampung sebab tak ada tawaran berlakon, tak ada job! Selepas menang Raja Lawak memang ada tawaran, tapi selepas tu lama saya tak ada job. Saya pun fikir-fikir, nak duduk di Kuala Lumpur ni, kos sara hidup tinggi, lebih baik saya balik kampung, bukannya merajuk…
“Memang saya rasa terkilan sebab tak ada job, sedih… Tawaran tu bukannya tak banyak, tapi memang tak ada langsung! Persembahan Gempaq Selebriti Astro, ada juga saya diundang 3, 4 kali, tapi selepas itu dah tak ada lagi. Ada kalanya saya terkejut juga sebab tak ada job langsung. Orang kata saya kekurangan dari segi fizikal, sebab tu tak ada tawaran, tapi saya tak tahu nak cakap macam mana, bagi saya apa yg berlaku ni, rezeki tak memihak kepada saya.
“Saya pun ada peminat tersendiri, mungkin pada ketika itu memang betul saya tak ada rezeki. Mungkin juga orang tak panggil saya berlakon sebab tak ada karakter sesuai dgn diri saya. Dah tak ada apa-apa yg boleh saya buat di Kuala Lumpur, saya baliklah ke Perlis. Saya buat kerja lama sayalah, mengajar tarian atau main teater,” katanya.
Yus juga menjelaskan, dia menetap semula di kampung agak lama iaitu kira-kira 2 tahun selepas tak ada langsung peluang diberikan kepadanya.
“Justeru, saya nak perbetulkan tanggapan orang, selama dua tahun saya balik ke Perlis, bukannya merajuk kepada industri seni, sebaliknya saya tak diberikan peluang langsung. Saya tak mampu tinggal di Kuala Lumpur. Saya pun bukan orang senang, saya pun dah tak ada keluarga, mak ayah dah tak ada.
“Dulu kalau sesak-sesak boleh jugalah minta duit daripada mereka. Kalau di Perlis, kos sara hidupnya rendah, setakat RM2 dah boleh makan. Kalau tak cukup makan, rumah jiran-jiran di kampung, bolehlah saya tumpang makan, tapi kalau di Kuala Lumpur, mana ada orang nak bagi saya makan…
“Kadang-kadang kalau di kampung, ada show, bayar sekadar RM300 pun saya ambil, tak ada masalah. Bagi saya, RM300 pun dah besar sangat. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan nasib, atau rasa diri ini anak tiri, sebaliknya saya lebih percaya kepada rezeki, memang rezeki tidak memihak kepada diri saya. Rezeki itu memang ada, tapi pada ketika itu, Tuhan menurunkan rezeki kepada orang lain,” katanya.
Yus akui, rakan seperjuangannya seperti Zizan dan Johan, lebih menonjol berbanding dirinya ketika ini tetapi beliau tidak kisah atau berasa cemburu sebab percaya rezeki itu hak masing-masing.
“Lagipun Zizan dan Johan menyerlah dalam bidang pengacaraan, manakala saya lebih terarah ke bidang lakonan. Bagi saya rezeki masing-masing, perjalanan seni ini masih jauh, ada kalanya kita berada di atas, ada ketikanya pula kita di bawah,” katanya.
Merempat selepas bergelar juara Raja Lawak
yus jambu kisah
“SEBELUM ini memang saya tak berniat nak jual TD2000 itu, sebab ia satu kenangan, hadiah juara Raja Lawak saya dulu, lagipun peminat yang SMS sehingga saya berpeluang memiliki kereta itu. Kadang-kadang kalau ada show, saya bawa TD2000 tu. Namun, selepas saya menjalani penggambaran drama Hanya Tuhan Yang Tahu di Sabak Bernam, Selangor, ketika dalam perjalanan pulang, ada sesuatu berlaku pada diri saya.
“Angin tak mahu keluar daripada badan. Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, akhirnya saya dimaklumkan, saya ada masalah jantung. Saya ditahan di wad dan selepas pemeriksaan lanjut, tahap kolesterol saya terlalu tinggi! Saya terbayang, fikiran berpusing ligat seperti kipas yang saya pandang berpusing laju.
“Baru saya teringat, saya ni tak ada tanah, tak ada rumah, duit pun tak ada. Nak shooting di Kuala Lumpur, saya kena naik bas dari Perlis. Akhirnya saya ambil keputusan menjual TD2000 itu kepada seorang Cina di Ipoh, Perak. Dia bagi saya sebuah kereta Waja dan sejumlah wang tunai. Dapatlah saya meneruskan kehidupan. Sekarang, Alhamdulillah, saya semakin stabil mengurus kerjaya.
“Bukannya saya tidak menghormati perasaan peminat sehingga tekad menjual kereta berkenaan, sebaliknya saya benar-benar kesempitan wang. Tak ada tempat nak bergantung. Saya hidup merempat, lebih-lebih lagi apabila saya kehilangan orang tua. Saya akui, dulu memang abang-abang saya tak ambil tahu perihal diri saya, tapi sekarang ni Alhamdulillah, ikatan silaturahim itu sudah kembali jernih.
“Dulu memang saya terkilan, abang-abang saya tidak mempedulikan diri saya. Memang saya sedih, sebaik kehilangan orang tua, saya pernah berpuasa dan berhari Raya seorang diri selama beberapa tahun. Saya menangis seorang diri apabila saudara kandung sendiri tidak ambil pusing mengenai diri saya. Tapi, berkat kesabaran, hubungan yang dingin itu, dapat dipulihkan semula.
“Sekarang saya lihat rezeki pemenang Raja Lawak musim terbaru seperti Wan, Achoe dan Idlan lebih terbuka luas. Sebaik saja mereka dinobatkan sebagai juara dan naib juara, terus mereka dapat tawaran berlakon, itu rezeki mereka. Pada masa sama, saya dipanggil untuk membintangi drama bersiri dan telefilem Tiga Budak Botak sebagai pelakon pembantu, jadi itu rezeki saya,” kata Yus.utara news
Read More

10 Fakta dan Cerita Tentang Pak Yus Yang anda Perlu Tahu

10 Fakta dan Cerita Tentang Pak Yus Yang anda Perlu Tahu
Capture
10 Fakta dan Cerita Tentang Pak Yus Yang anda Perlu Tahu | Tidak ramai sebenarnya pelawak yg mampu berada dekat dgn hati masyarakat malaysia.Namun dalam golongan yg amat kecil itu nama yus jambu atau dikenali pak yus antara nama pelawak mendapat ruang di dalam hati masyarakat malaysia.
Sudah tentu pemergiannya menghadap Ilahi Robbi meninggalkan kesan yg amat mendalam,jadi tidaklah hairan hilangnya seorang penghibur yg mempunyai karisma hebat di tangisi oleh ramai.
Begitu juga rakan rakan artis beliau Mereka juga turut kongsi kesedihan atas kehilangan pelawak yg sebenarnya mempunyai peranan penting dlm dunia hiburan di malaysia.
Merujuk kepada tajuk Inilah fakta  tentang yus jambu,dikutip dari pada astro awani.
1. Yus, atau nama sebenarnya Yussry Edoo, dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan berasal dari Kangar, Perlis.

2. Yus antara artis yang aktif bersama Kelab Sukan Artis Malaysia (MASC).
yes
3.Jual kereta menang raja lawak demi

save
4.Hidup sebatang kara
8-fakta-yus-jambu-4
Semasa final Raja Lawak musim pertama ni, nama Pak Yus diumumkan sebagai juara. Terkejut malah dia menangis teresak-esak tak sangka menang.
Iyalah, sebelum peserta final buat persembahan kan ada video clip krew Raja Lawak ke rumah peserta. Bila tunjuk video ke rumah Pak Yus, tercengang kejap. Pak Yus rupanya sebatang kara dan hidup agak daif sebenarnya
5.Pecinta kucing
8-fakta-yus-jambu-8
Kalau tengok di Instagram miliknya, Pak Yus memang selalu memuat naik gambar bersama kucing yang dipelihara. Memang arwah suka sangat dengan kucing.
6.Punchline & lawak bersahaja
LINE
Pak Yus memang berbakat, malah lawaknya cukup bersahaja namun diingati. Gandingan Pak Yus dan Tauke dalam Maharaja Lawak memang betul-betul menjadi.Malangnya selama beberapa musim, mereka tidak berjaya bergelar juara.
7.Mesra dan di senangi semua rekan artis (lu Tak Ada, Tak Ramai)

8-fakta-yus-jambu-7
Personaliti Pak Yus yang tidak sombong & cukup merendah diri disenangi ramai terutamanya dalam kalangan rakan artis.Malah dia juga mesra dengan peminat dan sering kali dilihat berbalas komen di laman Instagram.
8.Bermula dari raja lawak
Mula menceburi bidang seni pada tahun 2001 selepas menyertai pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan anjuran sebuah stesen televisyen.
Bakatnya mula mendapat perhatian apabila menyertai pertandingan Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007, seterusnya dinobatkan sebagai juara.
9.Pernah dinobatkan sebagai Pelakon Teater Terbaik Kebangsaan pada tahun 2004.
Pada tahun 2011, Yus bersama Tauke membentuk kumpulan Jambu dan menyertai Maharaja Lawak Mega. Mereka berjaya mendapat tempat keempat.Gandingan kedua-dua mereka muncul naib johan Maharaja Lawak Mega edisi 2012.Selain dari pada itu beliau Pernah dinobatkan sebagai Pelakon Teater Terbaik Kebangsaan pada tahun 2004.

10. Yus dilaporkan rebah selepas menjayakan Raja Band di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Selayang namun meninggal dunia kira-kira jam 12.15 pagi semalam.
gambar terakhir arwah
gambar terakhir arwah
Al-Fatihah
Read More

Tak Tahu Malu!! Artis ini Selamba Upload 4 Foto Tengah Menyusu Anak Di Laman Sosial

Tak Tahu Malu!! Artis ini Selamba Upload 4 Foto Tengah Menyusu Anak Di Laman Sosial
Tak Tahu Malu!! Artis ini Selamba Upload 4 Foto Tengah Menyusu Anak Di Laman Sosial   | Pelakon Alyssa Milano selamba badak berkongsikan gambarnya sedang menyusu badan kepada anak kedua di laman Instagram, baru2 ini.Foto yg dimuat naik aktres berusia 42 tahun itu menerima pelbagai reaksi daripada peminat, ada yg suka dan ada juga yg tidak suka dgn pendedahan gambar tersebut...

$Ada yang menulis, Ini merupakan satu kesempurnaan, terima kasih kerna membuatkan menyusu badan itu suatu perkara yg normal.Namun ada juga yg memberikan reaksi tidak suka dengan apa dilakukan pelakon itu dan memberikan k0men, Breastfeeding sepatutnya dilakukan di tempat tertutup, yg pastinya ia tidak boleh dilakukan di hadapan umum. Apa masalah orang sekarang ini?#

$Sebelum ini, Alyssa, pelakon siri drama Charmed pernah berkongsikan gambar serupa pada penghujung tahun lalu. Ketika itu dia mendakwa, hanya ingin menyampaikan mesej bahawa menyusukan anak di hadapan 0rang ramai adalah perbuatan normal...

$Saya rasa ianya penting untuk para ibu berasa selesa walau di mana sahaja mereka nak susukan bayi mereka.... Kalau kami berada di tempat awam, kami tak perlu nak pergi ke bilik air semata-mata untuk lakukannya, kata Alyssa....

$Hingga kini perbuatan menyusukan bayi di tempat awam masih lagi jadi perdebatan di kalangan warga Amerika Syarikat. Ada kumpulan yang meny0k0ng ia dilakukan di tempat awam manakala ada satu lagi kumpulan yang sama sekali membangkangnya...




Read More

Jihan Muse dikecam oleh netizen kerna tak tudung ketika melawat arwah Yus Jambu, Ni Respon Jihan

Jihan Muse dikecam oleh netizen kerna tak tudung ketika melawat arwah Yus Jambu, Ni Respon Jihan

Jihan Muse dikecam oleh netizen kerna tak tudung ketika melawat arwah Yus Jambu, Ni Respon Jihan | Berita kehilangan pelawak terkenal Pak Yus amat memeranjatkan rakan-rakan pelawak. Dan semestinya Jihan Muse yang agak rapat dengan pelawak tersebut.

Respon balas Jihan Muse setelah dikecam netizen kerana tidak bertudung ketika melawat arwah Yus Jambu
Respon balas Jihan Muse setelah dikecam netizen kerana tidak bertudung ketika melawat arwah Yus Jambu
Satu gambar Jihan Muse tanpa bertudung mengundang Kritikan di media sosial.

artikal berkaitan :

Video & Foto Di Sekitar Pemakaman Arwah Yus Jambu






Ada yang menyatakan si Jihan ini tidak menghormati pemergian Pak Yus. Dan Ini respon Jihan Muse.

Sumber: Beritapremium



Sumber: plbgaimacam
Read More

Video & Foto Di Sekitar Pemakaman Arwah Yus Jambu

Video & Foto Di Sekitar Pemakaman Arwah Yus Jambu
Video Dan Gambar Sekitar Pemakaman Arwah Yus Jambu|Setelah pemergian pelawak serta pelakon yang berperan penting dalam hiburan tanah air yus jambu sangat di rasai oleh masyarakat malaysia terutama saudara arwah  serta rekan rekan beliau tidak juga kurangnya peminat peminat yang menyayangi pelawak yang satu ini.

artikal berkaitan :

Inilah Kisah Benar Kehidupan Allahyarham Yus Jambu Yang Jarang Orang Ketahui

Punca yus jambu meninggal dunia
Sememangnya pemergian yus jambu cukup mengejutkan peminat peminat beliau.Dikabarkan punca meninggalnya yus jambu akibat dari serangan jantung yang di alaminya ketika perjalanan pulang selepas selesai menjalani program "Raja band" di dataran merdeka kuala lumpur.
Biodata yus jambu
Nama Sebenar: Yusryy Edoo
Nama Popular: Yus Jambu atau Pak Yus
Umur: 39 Tahun
Tarikh Lahir: 15 Mac 1976
Status: Bujang Belum Berkahwin
Pekerjaan: Pelawak dan Pelakon
Asal: Kangar Perlis
Punca Kematian: Mati Mengejut (Sakit Jantung) susulan sesak nafas
Masa Kematian: 12.15 pagi Isnin 30 November 2015 di Hospital Selayang
Video sekitar pemakaman yus jambu
Video Player
00:23
00:46
Gambar sekitar pemakaman.






Read More

Inilah Kisah Benar Kehidupan Allahyarham Yus Jambu Yang Jarang Orang Ketahui

Inilah Kisah Benar Kehidupan Allahyarham Yus Jambu Yang Jarang Orang Ketahui



Inilah Kisah Benar Kehidupan Allahyarham Yus Jambu Yang Jarang Orang Ketahui | Lewat malam semalam berita pemergian Yus Jambu atau lebih dikenali sebagai Pak Yus mula tersebar di laman sosial. Bagaikan tak percaya namun itulah hakikatnya, allahyarham tlah pun meninggal dunia dipercayai kerna sesak nafas.

Pastinya Pak Yus akan sentiasa diingati & dirindui keletahnya yg tidak jemu menghiburkan org ramai. Berikut beberapa momen & lawak dari beliau yg sehingga hari ini masih segar di ingatan.

Sinaran Pasport Kegemilangan


Sekitar tahun 2001 Yus Jambu pernah mencuba nasib dalam pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan yng sebelum ini pernah melahirkan pelawak2 terkenal seperti Senario dan ramai lagi.

Malangnya dia tidak berjaya dalam pertandingan tersebut.

Juara Raja Lawak 1 Kalahkan Zizan & Johan


Tidak berputus asa, Pak Yus sekali lagi mencuba nasib dalam pertandingan Raja Lawak Astro yg buat pertama kalinya diadakan.

Bersaing dengan Johan dan Zizan, Pak Yus ternyata punyai bakat tersendiri & berjaya mengalahkan mereka.

Hidup sebatang kara


Semasa final Raja Lawak musim pertama ni, nama Pak Yus diumumkan sebagai juara. Terkejut malah dia menangis teresak-esak tak sangka menang.

Iyalah, sebelum peserta final buat persembahan kan ada video clip krew Raja Lawak ke rumah peserta. Bila tunjuk video ke rumah Pak Yus, tercengang kejap. Pak Yus rupanya sebatang kara dan hidup agak daif sebenarnya.

Jual kereta menang Raja Lawak demi…


Punchline & lawak bersahaja


Pak Yus memang berbakat, malah lawaknya cukup bersahaja namun diingati. Gandingan Pak Yus dan Tauke dalam Maharaja Lawak memang betul-betul menjadi.

Malangnya selama beberapa musim, mereka tidak berjaya bergelar juara.

Sangat disenangi rakan artis


Personaliti Pak Yus yang tidak sombong & cukup merendah diri disenangi ramai terutamanya dalam kalangan rakan artis.

Malah dia juga mesra dengan peminat dan sering kali dilihat berbalas komen di laman Instagram.

Suka kucing


Kalau tengok di Instagram miliknya, Pak Yus memang selalu memuat naik gambar bersama kucing yang dipelihara. Memang arwah suka sangat dengan kucing.

Pak Yus dalam kenangan


Din Beramboi, Harun Salim Bachik dan sekarang giliran Pak Yus pula meninggalkan kita. Mari lah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham.

Semoga Allahyarham Yus Jambu ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Sumber OhBulan!.
Read More