
TOLONG Jangan Buat Macam Ni!! Amaran Buat Bakal Pengatin!! | Kecoh seketika dgn tindakan sepasang pengantin yg menunaikan solat
berjemaah dalam keadaan yang tidak betul, tindakan pasangan pengantin
tersebut sekaligus mendapat kritikan hebat dari masyarakat!
Kecoh jadinya apabila sebuah gambar memaparkan sepasang pengantin yg
baharu sahaja bernikah menunaikan solat sunat bersama mendapat kritikan
hebat daripada pengguna media sosial tempatan.
Gambar itu mencetuskan pelbagai reaksi akibat kesalahan yang ditunjukkan
adalah amat jelas di mana posisi atau kedudukan makmum iaitu si
pengantin perempuan yang dikatakan kurang tepat dari segi syarak.
Selain itu potongan gaun pengantin perempun yang digunakan untuk
bersolat juga adalah agak ketat sehingga memaparkan jelas bentuk tubuh
pinggulnya sendiri apatah lagi terbuka dipandang bukan muhrim.

Memang memakai telekung bukan benda wajib, namun bagi wanita, pakaian
untuk solat mestilah longgar dan tidak menampakkan secara nyata rupa
bentuk tubuh badan demi mengelakkan bahaya fitnah mata.
Bak kata seorang netizen yang beri komen pedas terhadap gambar itu.
Suami bayar mas kahwin, lelaki lain yang jamu mata free.. Tu namenye
belanja, ulas seorang pengguna hanya dikenali Wan Mohamad Fadhli.
Bukan niat kami untuk menjatuhkan maruah individu tersebut, namun
perkara seperti ini yang mungkin pernah berlaku adalah sebenarnya
pengajaran bagi dijadikan renungan buat kita semua bersama agar tidak
berulang lagi.
Di dalam kaedah tatatertib sembahyang, seorang suami yang mengimamkan
isteri ketika bersolat jemaah harus berada di hadapan isteri dan
kedudukan isteri pula mesti di belakang suami, bukannya di tepi suami.
Kedudukan di tepi imam itu adalah posisi lazim untuk seorang makmum
lelaki jika solat dilakukan secara berdua manakala jika bertiga atau
lebih, barisan saf adalah dalam keadaan lurus melintang panjang di
belakang imam.
Seperti mana gambar yang ditunjukkan oleh personaliti terkenal, Ustaz
Don mengenai kedudukan sebenar untuk bersolat jemaah bagi pasangan suami
isteri berdua sahaja, inilah rupanya bentuk posisi yang betul.

Perkara ini turut dijelaskan lagi oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar
Idrus menerusi pertanyaan yang diajukan kepadanya mengenai kedudukan
solat secara berjemaah antara suami dan isteri.