DAH LAMA DAH "TAK PAYAH NAK TAHLILKAN SAYA BILA MATI, SAYA DAH LAMA KELUAR ISLAM"!! . | Ini kisah benar dan memang kisah ini agak seram dan tragis. Anda membaca dan anda nilai sendiri.
Jamilah (bukan nama sebenar) adalah seorang isteri yang
malang. Beliau telah ditinggalkan suami sebaik sahaja melahirkan anak
sulung mereka. Jamilah terpaksa akur dengan nasib yang menimpanya itu.
Mujurlah beliau masih mempunyai ibu bapa yang mengambil
berat akan dirinya. Itulah yang dikata kasih sejati seorang ibu. Tiada
tolok bandingannya walhal semenjak kita dalam kandungan lagi kasih
sayang sudah dicurahkan sepenuh jiwa dan raga. Setelah Jamilah bergelar
janda, Jamilah kembali ke rumah ibunya.
Walaupun Jamilah tidak mendapat kasih sayang seorang
suami namun beliau bertuah kerana masih mendapat kasih sayang dari ibu
sejati. Jamilah dan anak kecilnya dijaga dan diberikan kasih sayang
dengan sempurna. Soal makan dan minum Jamilah dan anaknya tidak menjadi
masalah kerana Jamilah masih mempunyai bapa yang masih kuat mengerjakan
ladang dan sawah.
Bapa Jamilah keluar bekerja awal pagi dan pulang lewat
petang. Manakala ibunya tidak banyak aktiviti di rumah hanya memberi
makan haiwan ternakan sahaja. Adik-beradiknya semua sudah berkahwin dan
membawa haluan masing-masing. Jamilah merupakan anak bongsu dalam
keluarga, mengenangkan nasib malang Jamilah, sudah tentu perasaan sayu
dan kasihan dari ibunya membuak-buak bila melihat anak dan cucu kecilnya
tidak terbela. Usia Jamilah masih remaja walaupun bergelar janda.
Zaman remajanya masih lagi belum puas dikecapi tambahan
pula fikirannya masih belum matang dalam erti hidup. Jamilah terasa
dirinya begitu bebas dan terlepas dari belenggu ketika hidup bersuami
dahulu. Jamilah tidak merasa sebarang kekurangan pada dirinya malah
bertambah yakin kerana beliau masih muda dan masih kelihatan cantik.
Segala urusan anak kecilnya diserahkan kepada ibu dengan alasan tidak
biasa dengan karenah anak kecil. Sebenarnya Jamilah malas untuk
menguruskan anak kecil yang merimaskan. Pada mulanya, ibu Jamilah tidak
perasan, maklum sahaja cucu sendiri, tentu tidak terasa bebannya.
Hari berganti hari hidup Jamilah bertambah selesa.
Beliau hidup di bawah jagaan yang sempurna. Semua soal makan minum,
mengasuh anak kecil dan kerja rumah tangga semuanya diambil alih oleh
ibu dan bapanya. Jamilah hanya menolong ala kadar sahaja agar tabiat
malasnya tidak nampak ketara.
Perangai Jamilah semakin menjadi-jadi. Melaram dengan
pakaian-pakaian fesyen terkini serta bersolek agar sentiasa cantik.
Suatu hari, Jamilah telah menyampaikan hasratnya ingin ke pekan untuk
mendandan rambut dengan fesyen terkini. Namun ibunya melarang kerana
menurut orang ramai, kandungan bahan mendandan rambut ketika itu
diperbuat dari bahan haram yakni lemak KHINZIR. “Ala, bukan nak makan
KHINZIR tu, hanya sapu atas kepala agar rambut lebih hitam dan
berkilat….” Jamilah memberi alasan agar permintaannya ditunaikan.
Namun begitu ibunya tetap melarang. Maka berlakulah
satu pertengkaran antara Jamilah dan ibunya sehingga beliau tergamak
mengeluarkan perkataan kesat sambil menyumpah-nyumpah ibunya. “Binatang
KHINZIR! Binatang anjing!” kata Jamilah semakin berani setelah melihat
ibunya mendiamkan diri sambil menitiskan airmata. Jamilah masih
berdegil, nafsunya untuk kelihatan cantik dan bergaya semakin
meluap-luap hingga tidak kira lagi soal halal dan haram. Matlamatnya
supaya ramai lelaki melihat dirinya cantik macam primadona.
Sekaligus saham dirinya akan naik mengatasi anak-anak
dara sunti di kampung itu. Petang itu, bila Jamilah baru pulang dari
pekan mendandan rambut, tiba-tiba beliau terdengar suara anak kecilnya
menangis kuat teresak-esak. Hati Jamilah naik radang kerana beliau
sangka ibunya sengaja membiarkan anaknya begitu kerana ingin membalas
dendam.
Dengan bengis, Jamilah terus naik ke rumah dan jadi
seperti orang yang dirasuk syaitan, terus meluru ke bilik anaknya yang
menangis itu. Anaknya diambil dan diletakkan di satu sudut di dapur dan
terus menuju ke bilik ibunya untuk bertindak sesuatu. Mulutnya tidak
henti-henti mengomel sambil menyumpah-nyumpah. Sebaik sahaja beliau
masuk, kelihatan ibunya sedang mengerjakan solat.
Kerana terlalu marah, dikala ibunya sedang sujud,
beliau bertindak menendang ibunya sambil berkata “Oi KHINZIR, anjing,
beruk! Tak boleh harap….menyusahkan orang, celaka!” Ibunya yang jatuh
tersungkur di hadapan sejadah bangun mengaduh dan terpinga-pinga. Beliau
tidak tahu apa sebabnya Jamila tiba-tiba naik angin. Setelah beberapa
lama berlinanganlah airmata ibunya apabila menyedari perkara sebenar.
Sebenarnya bukan niat ibunya membiarkan cucunya itu
menangis keseorangan, ketika itu beliau sedang bersembahyang, maka
terpaksalah membiarkan budak itu sebentar. Sudah seberapa daya beliau
menyegerakan solatnya setelah sedar cucunya menangis kuat, namun belum
sempat selesai solat, Jamilah terlebih dahulu datang menyepak
punggungnya.
Hati ibu mana yang tak hancur remuk mengenangkan
anaknya yang sampai hati dan tergamak melakukan sebegitu terhadapnya
berbanding kasih sayang yang telah dicurahkan secukupnya demi anak
tercinta. Ibu mana yang tidak sayangkan anak….dalam keadaannya yang
sakit seluruh sendi akibat tersungkur atas tikar sembahyang tadi, beliau
telah berdoa pada Allah agar dapat diampun dosa anaknya itu. Dengan
takdir Allah, tiba-tiba Jamilah berteriak dari arah dapur. Macam sesuatu
yang telah berlaku pada Jamilah mahupun cucunya.
Dengan lemah longlai, tergesa-gesa beliau pergi
mendapatkan Jamilah. Jeritannya sungguh kuat hingga jiran berdekatan
dapat mendengarnya. Tambah terkejut apabila kami semua menyaksikan
seutas rantai besi tiba-tiba sahaja keluar memecah lantai dapur dan
melilit dan merantai kaki Jamilah dengan kuat. Jamilah menjerit
kesakitan dan anak yang dikendong terlepas dalam dakapannya.
Ibu Jamilah separuh pengsan melihat keadaan Jamilah
sebegitu. Jelas Nek Mariam yang merupakan salah seorang yang menyaksikan
keajaiban Allah Yang Maha Esa itu. Maka berduyun-duyunlah orang kampung
datang untuk membantu melepaskan cengkaman rantai besi yang melilit
kemas di kedua-dua kaki Jamilah. Bertungkus-lumus orang cuba memotong
besi itu namun tidak berjaya.
Jamilah meraung sekuat-kuat hati kerana terlalu sakit.
Akibatnya darah tidak berhenti mengalir membasahi lantai dapur. Setelah
beberapa jam berlalu, rantai besi yang mempunyai kekuatan luar biasa itu
masih juga tidak boleh dileraikan dari kaki Jamilah. Akibat pendarahan
yang banyak, Jamilah meninggal di situ juga dengan riak muka yang amat
menakutkan. Ibu Jamilah terpaku tidak mampu melakukan apa-apa.
Beliau sedar itulah balasan Allah terhadap anaknya,
cuma beliau tidak menyangkakan secepat itu. “Anehnya, sebaik sahaja
Jamilah meninggal, rantai itu terurai dengan sendiri lalu masuk kembali
ke dalam tanah. Kami semua begitu terpegun dan berasa insaf dengan apa
terjadi. Itulah balasan Allah terhadap seorang anak yang derhaka,”
sambung Nek Mariam sambil menitiskan airmata.
Jenazah Jamilah diuruskan seperti biasa dan
dikebumikan. Upacara membaca ayat suci Al Quran di atas kubur selama 7
hari memang sering dilakukan oleh masyarakat di Pantai Timur dan menjadi
satu upacara kebiasaan kepada sesiapa yang baru dikebumikan. Semasa
orang-orang kampung bergilir-gilir membaca Al Quran, maka satu lagi
petunjuk dari Allah terjadi. Pada waktu hampir subuh, mereka terdengar
satu suara yang meraung-raung dari arah liang lahat. “Mak ooiii…..!!
Ayah ooiii!! Tolonglah…! Allah Tuhanku….minta tolong…! Mak
….ayah…tolonglah!” suara mendayu-dayu itu sungguh menyeramkan dan tidak
henti-henti,” cerita Nek Mariam lagi.
Salah seorang dari mereka bertindak memberitahu pada ibu Jamilah akan suara itu yang mereka syak datang dari arah liang lahat.
Dengan bantuan jiran-jiran berdekatan, mereka segera ke
kubur Jamilah untuk menggali kubur itu kerana mereka sangkakan Jamilah
masih hidup. Setelah digali, alangkah terkejutnya bila melihat jasad
Jamilah yang kaku dan berbalut itu telah bertukar rupa.
Kepalanya menjadi kepala seekor KHINZIR! MasyaAllah….
Ramai orang menyaksikannya….satu lagi keajaiban yang sengaja Allah ingin
memperlihatkan pada hamba-hambanya. Bertambah sedih dan sayu hati ibu
Jamilah melihat keadaan anaknya begitu….Malam itu beliau bermimpi,
Jamilah datang kepadanya dengan keadaan yang amat buruk dan daif sambil
berkata: “Tak payahlah ibu mengadakan kenduri arwah untuk saya, kerana
saya telah terkeluar daripada Islam….” menyedari hakikat itu ibunya
begitu terkejut dan tak henti-henti menangis sambil berdoa kepada Allah
agar mengampuni dosa anaknya itu. “Maka tiadalah kenduri arwah dibuat
untuk Jamilah. Itulah cerita tentang balasan Tuhan terhadap hambanya
yang berdosa.
Dosa pada Tuhan mungkin dapat diampunkan jika kita
bertaubat nasuha, tetapi dosa pada manusia, lebih-lebih lagi kepada
kedua ibu-bapa, harus kita sendiri memohon ampun dan maaf….Jika tidak
tanggunglah dosa itu dan akan dikira dan dibalas setimpal di akhirat
kelak…” Nek Mariam mengakhiri ceritanya yang penuh keinsafan sesuai
untuk kita semua
